MFA Properties


PROFIL SYARIKAT

ㅤ

MOHAMAD FIRDAUS BIN AHMAD

Pengasas (CEO), MFA PROPERTIES PLT

Ditubuhkan pada tahun 2016, MFA Properties adalah sebuah perniagaan yang mempunyai rancangan untuk menaiktaraf industri pembinaan dan pembangunan yang mengkhusus kepada pembinaan rumah persendirian.

“Saya menaruh harapan tinggi untuk melihat perniagaan dan syarikat ini maju kerana potensinya yang amat luas.:


PENGENALAN SYARIKAT

MFA PROPERTIES ditubuhkan pada 25 Ogos 2016 yang berdaftar dengan Suruhanjaya Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1965 (Pindaan 2001). Syarikat ini ditubuhkan secara Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan salah seorang pengarah syarikat MFA PROPERTIES, Mohamad Firdaus Bin Ahmad. Syarikat didaftarkan dengan jenis perniagaan pelbagai yang mengenengahkan kegiatan-kegiatan bersabit dengan pembinaan sebagai perniagaan utama syarikat ini.

Di awal penubuhan, syarikat ini hanya menjalankan perniagaan dengan mengambil kontrak membina rumah kecil-kecilan, membaik pulih rumah, dan kerja-kerja mengecat rumah. Potensi bagus yang ditunjukkan oleh perniagaan jenis ini membuatkan pihak kami bersungguh-sungguh menceburi bidang binaan keseluruhan rumah pula. Dengan beberapa siri kejayaan menyiapkan projek-projek sebelum ini membuatkan kami yakin bidang yang dipilih ini adalah bidang yang betul dan berpotensi untuk dimajukan.

Dengan keupayaan pekerja-pekerja mahir serta berpengalaman dan separa mahir yang ada, kami yakin syarikat ini mampu menapak lebih jauh dan lebih maju di masa hadapan. Di samping itu, kami mempunyai barisan pihak pengurusan dan jurutera-jurutera yang mahir, cekap dan berpengalaman.


MISI DAN VISI

MISI

  • Melahirkan agen dan staff yang berdaya saing serta berpendapatan tinggi.
  • Melahirkan staff yang berintegriti, berwawasan serta berjaya di dunia akhirat.
  • Melahirkan manager dan leader yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi.
  • Mengutamakan kualiti produk dan manfaat produk kepada pelanggan syarikat.

VISI

Menjadi sebuah syarikat terbesar yang melahirkan ramai ceo, manager dan leader yang berpendapatan tinggi serta berjaya dunia akhirat.


OBJEKTIF

  1. Objektif utama kami ialah kami ingin membantu dan mengamalkan kempen, Satu (1) keluarga mempunyai sekurang-kurangnya Satu (1) rumah sendiri.
  2. Kami berjuang untuk memastikan pembinaan rumah kami siap mengikut masa yang ditetapkan dengan jaminan kualiti kerja yang terbaik.
  3. Kami juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.